Senin, 28 November 2011

kehendak hati

Ya Allah….

Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara
kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang
maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian
yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan…. dia bukan
miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku…. Luputkanlah ia dari
ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti….

Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia… Walaupun tanpa
bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan
dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik
buat ku…. kerana engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat
hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di
dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif
ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di
akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka
kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia
sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau
redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin. . 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar